SIJIL TEKNOLOGI PENYENGGARAAN INDUSTRI
SINOPSIS
Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kompeten untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Amalan Bengkel, Pneumatik dan Hidraulik, Sistem Elektronik, Elektro Pneumatik dan Elektro Hidraulik, Pengurusan Penyenggaraan, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Programmable Logic Controller (PLC), Penyenggaraan Kelengkapan Industri, Pemesinan Konvensional dan Pendawaian Elektrik dan Kawalan Motor. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan penyenggaraan-penyenggaraan am yang terkini di industri. Disamping kemahiran teknikal, program ini akan dapat membangunkan personaliti yang holistik dari segi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran keusahawanan, kemahiran sepanjang hayat serta memupuk sikap bertanggungjawab, beretika, berintegriti dan boleh bekerja dalam pasukan.
OBJEKTIF PROGRAM / PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri mampu melahirkan pekerja teknikal yang:
PEO 1 : mengaplikasi pengetahuan dan pemikiran kritis serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam industri terutamanya penyenggaraan-penyenggaraan am.
PEO 2 : menunjukkan kemahiran praktikal dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini dalam bidang penyenggaraan.
PEO 3 : menunjukkan kemahiran komunikasi berkesan dengan mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sosial dalam masyarakat.
PEO 4 : mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran keusahawanan dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM / PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)
Di akhir pembelajaran pelajar boleh:
PLO1 : memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang teknologi penyenggaraan industri.
possess basic knowledge of technology fundamentals to routine procedures and practices in the field of industrial maintenance technology.
PLO2 : mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.
propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems.
PLO3 : menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin teknologi penyenggaraan industri.
establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the field of industrial maintenance technology.
PLO4 : menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.
communicate and describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs.
PLO5 : menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.
illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices.
PLO6 : mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
acknowledge the requirement of career establishment and to employ continuing learning.
PLO7 : menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.
illustrate a consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective.
PLO8 : menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme
illustrate ethical awareness and professionalism.
PLO9 : menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.
illustrate leadership character and work efficiently in a technical team.