- Details
- Super User
- Hits: 184
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMATIF
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Automotif direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Struktur program ini merangkumi kursus-kursus teknikal seperti keselamatan dan kesihatan, teknologi woksyop, servis kenderaan, sistem gantungan, sistem stereng, sistem elektrik kenderaan, sistem brek, selenggara roda, sistem pacuan akhir, sistem transmisi manual dan automatik, teknologi kenderaan hibrid dan elektrik, sistem penyamanan udara kenderaan, sistem elektrik enjin, sistem pengurusan enjin dan rombak rawat enjin. Bagi
menghasilkan graduan yang holistik dari segi sahsiah, program ini juga menekankan penguasaan kursus-kursus umum seperti communicative dan workplace english, pengajian Malaysia, integriti dan anti-rasuah, pengajian islam, pendidikan moral, sains dan matematik, keusahawanan dan aplikasi komputer.
OBJEKTIF PROGRAM / PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
Program Sijil Teknologi Automotif mampu melahirkan pekerja teknikal yang;
PEO1 : mengaplikasi pengetahuan dan pemikiran kritis serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam industri automotif.
PEO2: menunjukkan kemahiran praktikal dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini dalam bidang teknologi automotif.
PEO3: menunjukkan kemahiran komunikasi berkesan dengan mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sosial dalam masyarakat.
PEO 4: mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran keusahawanan dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM / PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)
Di akhir pembelajaran pelajar boleh;
PLO1 : memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang penyelenggaraan automotif.
possess basic knowledge of technology fundamentals on routine procedures and practices in the automotive maintenance field.
PLO2 : mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin dalam bidang penyelenggaraan automotif.
propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems in the automotive maintenance field.
PLO3 : menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin berkaitan bidang penyelenggaraan automotif.
establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the automotive maintenance field.
PLO4 : menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.
describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs through communication.
PLO5 : menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi automotif.
illustrate the understanding of the issues related to society and the subsequent responsibilities appropriate to automotive technology practices.
PLO6 : mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
acknowledge the requirement of career development and involvement in lifelong learning.
PLO7 : menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.
illustrate a consciousness of management and technopreneurship routine from a real perspective.
PLO8 : menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.
illustrate ethical awareness and professionalism.
PLO9 : menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.
illustrate leadership qualities and work efficiently in a technical team.


