Kolej Komuniti Kelana Jaya ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Kelana Jaya adalah antara 103 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang kini berada di bawah pengurusan Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kini ia beroperasi di kampus utama di Petaling Jaya Commercial City (PJCC), Petaling Jaya. Kolej ini mula beroperasi sepenuhnya pada April 2016. Pengambilan pelajar yang pertama bermula pada ambilan November 2016. Kolej Komuniti Kelana Jaya ini menawarkan kursus peringkat sijil kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Sijil Servis Kenderaan Ringan serta kursus-kursus pendek untuk komuniti sekitarnya.
Kolej Komuniti mempunyai seramai 28 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Timbalan Pengarah (Akademik), Pensyarah dan juga kakitangan pentadbiran.